Idaho Industry Journal
SEE OTHER BRANDS

Hottest industries and services news from Idaho

Penyelesaian AI Edge Generasi Akan Datang untuk Dunia Sebenar: Navigasi Autonomi bagi Dron, Pengawasan dan Robotik

Lantronix dan Aerora bekerjasama untuk memajukan teknologi penyelesaian dron dikuasakan AI

IRVINE, California, June 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix Inc. (NASDAQ: LTRX), sebuah syarikat peneraju global dalam bidang perkomputeran dan ketersambungan untuk penyelesaian IoT yang mendayakan Kecerdasan AI Edge, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Aerora, penyedia sistem bersepadu yang mematuhi NDAA bagi sistem pendorongan, kawalan darat dan muatan AI berketepatan tinggi. Kerjasama ini akan menghasilkan penyelesaian yang dipacu oleh AI Edge, sekali gus memacu kemajuan dalam aplikasi dron, robotik dan pengawasan menerusi platform OEM milik Aerora bagi Navigasi Visual Dikuasakan AI.

“Kerjasama antara Lantronix dan Aerora merupakan satu peluang yang cerah untuk memajukan pembangunan dron berkuasa AI dan aplikasi pintar lain, dengan menyediakan alatan termaju kepada pembangun daripada teknologi perkomputeran terbenam yang terkemuka,” kata Saleel Awsare, Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden Lantronix. “Kejayaan dalam penyelesaian termaju yang dipacu AI ini memberikan impak transformatif, membuka peluang baharu dalam sektor swasta dan juga kerajaan,”

Grandview Research menganggarkan bahawa menjelang 2030, pasaran dron di seluruh dunia akan mencecah $163.6 bilion. Kebanyakan penganalisis meramalkan CAGR sebanyak 15 peratus sehingga tahun 2030. Beberapa segmen komersial dijangka turut berkembang dengan lebih pantas, terutamanya dengan perkembangan aplikasi dron yang merangkumi bidang logistik, pertanian, infrastruktur dan keselamatan awam. Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat juga mengakui kepentingan sistem pesawat tanpa pemandu, seperti dron, untuk industri komersial dan kerajaan dan telah menyediakan sokongan bagi pengeluar dron.

Penyelesaian Aerora disokong oleh Open-Q™ System-on-Module (SoM) daripada Lantronix yang dikuasakan oleh cipset Qualcomm® Technologies, yang memberikan keupayaan pemprosesan yang tiada tandingan bagi kesedaran situasi dipacu AI, pengimejan perkomputeran yang maju serta pembuatan keputusan dalam masa nyata.

Dengan SOM Open-Q daripada Lantronix, pembangun boleh membina penyelesaian dikuasakan AI dengan yakin kerana adanya sokongan teknologi perkomputeran terbenam yang terkemuka dalam industri,

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian bersepadu, Aerora telah menggabungkan modul Teledyne FLIR Hadron 640R dengan perisian Prism, yang akan mendayakan keupayaan pengimejan terma dan RGB termaju. Penyelesaian OEM dron, robotik dan pengawasan menghadapi tekanan yang semakin meningkat bagi memendekkan jangka masa pembangunan dan dalam masa yang sama mengekalkan standard yang tinggi bagi sistem pengimejan dan kawalan. Teknologi AI Edge yang baharu, seperti penyelesaian ini, boleh membantu mengurangkan atau menghapuskan beban overhed kejuruteraan serta memendekkan masa ke pasaran.

Penyelesaian tindanan penuh Aerora merangkumi prapenyepaduan kamera, gimbal, motor gimbal, bekas, telemetri dan antara muka serta menampilkan aliran video 4K serentak dengan video terma beresolusi tinggi. Aerora sedang bekerjasama dengan beberapa pengeluar dron OEM untuk menyepadukan platform Aerora dengan penyelesaian kamera dan gimbal bersepadu, yang membantu memenuhi syarat keperluan teknologi industri serta memastikan pematuhan terhadap NDAA.

“Di Aerora, misi asas kami adalah untuk menyampaikan penyepaduan yang pantas, penyelesaian pengesanan yang fleksibel dan pembuatan yang mematuhi NDAA sepenuhnya pada skala besar. Dengan bekerjasama rapat dengan peneraju industri seperti Lantronix dan Qualcomm serta menyepadukan teknologi pengimejan termaju seperti Hadron 640R Teledyne FLIR, kami memperkasakan OEM dron untuk mengurangkan jangka masa pembangunan dengan ketara, memperluas keupayaan operasi mereka dan memenuhi permintaan pasaran yang tinggi dengan yakin,” kata Ghel Ghedh, ketua pegawai teknologi Aerora.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian inovatif ini, muat turun kertas putih lengkap di sini.

Perihal Lantronix

Lantronix Inc. ialah peneraju global penyelesaian IoT perkomputeran dan ketersambungan yang menyasarkan industri pertumbuhan tinggi termasuk Bandar Pintar, Automotif dan Perusahaan. Produk dan perkhidmatan Lantronix memperkasakan syarikat untuk menempa kejayaan dalam pasaran IoT yang semakin berkembang dengan menyampaikan penyelesaian boleh disesuaikan yang menangani setiap lapisan Tindanan IoT. Penyelesaian termaju Lantronix termasuklah infrastruktur Pencawang Pintar, sistem Infotainment dan Pengawasan Video, yang dilengkapi Pengurusan Luar Jalur (OOB) termaju untuk Pengkomputeran Awan dan Pinggir.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Lantronix.

Perihal Aerora

Aerora™ mempercepatkan inovasi dron dan robotik dengan menawarkan sistem bersepadu sepenuhnya bagi rejang patuh NDAA, kawalan darat dan muatan AI kepersisan. Dengan menguruskan keseluruhan rantaian bekalan dan menyelia kesemua proses pembuatan di darat dan juga luar pesisir, kami memperkasakan pengeluar dalam mengembangkan dan menyelaras operasi dengan mudah, serta memasarkan produk dan perkhidmatan dengan lebih pantas tanpa menjejaskan kualiti atau pematuhan. Aerora™ beribu pejabat di Santa Clara, California.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Aerora

Kenyataan “Safe Harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995: Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan prospektif seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang sekuriti persekutuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kenyataan yang berkaitan produk dan anugerah Lantronix. Kenyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang besar yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, perniagaan masa depan, keadaan kewangan atau prestasi kami berbeza secara material daripada keputusan sejarah kami atau yang dinyatakan atau tersirat dalam mana-mana kenyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Risiko dan ketidakpastian yang berpotensi termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor seperti kesan negatif atau keadaan ekonomi serantau dan dunia yang semakin teruk atau ketidakstabilan pasaran ke atas perniagaan kami, termasuk kesan ke atas keputusan pembelian pelanggan; keupayaan kami untuk mengurangkan sebarang gangguan dalam rantaian bekalan, pembekal dan vendor kami disebabkan oleh pandemik COVID-19 atau wabak lain, peperangan dan ketegangan baru-baru ini di Eropah, Asia dan Timur Tengah, atau faktor lain; tindak balas masa depan dan kesan krisis kesihatan awam; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan dan tarif kerajaan A.S. dan asing yang terpakai; keupayaan kami untuk berjaya melaksanakan strategi pengambilalihan kami atau menyepadukan syarikat yang diambil alih; kesukaran dan kos untuk melindungi paten dan hak proprietari lain; tahap keberhutangan kami, keupayaan kami untuk membayar hutang dan sekatan dalam perjanjian hutang kami; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 Jun 2024, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 9 September 2024; serta dalam pemfailan awam kami yang lain dengan SEC. Faktor risiko tambahan boleh dikenal pasti dari semasa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kami. Pernyataan prospektif yang disertakan dalam siaran akhbar ini hanya berkuat kuasa pada tarikh penerbitan dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini pernyataan prospektif ini untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku seterusnya.

Hubungan Media Lantronix:
Gail Kathryn Miller
Corporate Marketing &
Communications Manager
media@lantronix.com
949-212-0960

Penganalisis dan Hubungan Pelabur Lantronix:
investors@lantronix.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service